Monday, May 7, 2007

Sekadar Kata-kata...

Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin besok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak besok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali

..:: BiLa DaLaM hAtI aDa CiNtA ::..

Bila dalam hati ada cinta...
indahkan..serasa dunia ini kita yang punya...terasa diri di awang-awangan pun ada...rasa nak senyum pada semua orang...hebatkan kuasa cinta...
Bila dalam hati ada cinta...walau hati dilukai...seribu kali pun...walau hati sering disakiti...tetapi kite tetap masih nak mempertahankan cinta itu...anehkan....
Bila dalam hati ada cinta...walau perit...pedih dikhianati...tapi tetap masih ade rindu...masih ade sayang...malah makin kuat...kelirukan dengan perasaan sebegini....
Bila dalam hati ada cinta...walau dimulut kata benci.......tapi dalam hati lain...ia memberontak...menangis...kerana sayang itu terlalu dalam... teramat...hipokritkan...
Bila dalam hati ada cinta...jiwa rasa tenang dan damai bagi mereka yang pandai menghargai cinta...tapi...jiwa rasa tidak tenteram & kosong... bagi mereka yang tidak pandai menghargainya...bak kata pujangga...cinta itu suci...
Adakah kita pandai menghargai perasaan tulus anugerah Ilahi ini? Segalanye akan terungkai bila dalam hati ada cinta...

Mutiara Cinta

Jangan kerana cinta,kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.....
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang... Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu....
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telingaTapi apabila kau mencoba menutup matamu dari orang yang kaucintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.....
Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat,puas kita menunggu dan mencari di mana matahari,rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi..

"Tak peduli bagaimana akhirnya sebuah hubungan,yang penting bagaimana kita menjalaninya..Kalau kita menjalani dengan hati yang bahagia,Waktu yang berlalu tak pernah sia-sia…..

"Biar rebah jangan berubah..biar terbuang terus berjuang..Ujian adalah tarbiyah dari Allah..Semakin dekat bahtera diri kepadaNya,semakin kuat ribut taufan melanda.."

Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin besok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak besok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali."
Dalam kehidupan ini,banyak perkara yang menjadi teka-teki.Teka-teki yang kadang-kadang tak kita temui jawapan.Kita jarang menyedari,teka-teki itulah sebenarnya yang mematangkan kita.."
Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu.Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku..."
seseorang yang menyayangi kita tak akan buat kita keliru dlm hubungan itu. kerana keliru tu hadir bila kita sendiri tak tau..adakah dia sayangkan kita atau sebaliknya...
"Bila berjauhan apa yg dikenang?Bila masa lena apa mimpimu?Bila difahamkan itulah SAYANG..Insya Allah,kalu ada jodoh kitakan bersama;)"


Nasib....Nasib....

Ape la nasib aku nie...mcm2 yg t'jd kt aku sepanjang bulan April n Mei nie...aku pn naik tensen tau...bl aku x bg tau aku kawan ngan sibuk tnya...bl dh bg tau ok la...tp nk g tgk tpt tgl la plak...bl dh bg tgk penin la plak...tp yg paling aku penin bl Long kata aku x berapa serasi ngan abg...apa yg aku risaukn slama nie dh betul2 t'jd...aku dh x larat nk nangis dh...mcm2 yg aku pikirkn...syg mg la syg...tp mmbr aku prnh b'kata..."RESTU IBUBAPA LEBIH PENTING UNTUK M'JAMIN MASA DPN KITA KELAK"...tu yg aku risaukn...bl family aku kata cm 2 apa aku nk buat...cuma satu nasihat Long yg aku ingat...solat istikharah jer mntk TUHAN tnjkkan jodoh yg dapat m'bahagiakn aku dunia n akhirat...klu abg jodoh aku yg baik ada laa...skang nie aku cuma dpt b'doa jek...nk nangis pn dn abs air mata aku ni haa...aku syg sgt kt dia...tp...yg pnting jodoh n restu mk n ayh aku...aku harap abg akn faham keadaan aku skang...insyaallah klu ada jodoh x ke mana kn...abg usaha laa...ayg sntiasa doakan kebahagiaan kita smpi bl2...AMIN...

Thursday, May 3, 2007

Sekadar Renungan....

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....

Tuesday, April 24, 2007

Tips Agar Tidak Bosan Di Dalam Lif

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!"

.3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"
Cara-cara Nak Cover Malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Cerita Lawak Lagi....

20 Cara Untuk Jadikan Roommate Anda Gila

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...

Monday, April 23, 2007

Tensen aarrr.....

Aku pn x tau nper aku jd risau cmni...sejak ayh dok sibuk tnya alamat rumah ngan kedai abg...aku jd mcm x sedap ati laa...ntah la aku jd cmni...tp aku...takut apa yg aku fikir...apa yg aku mimpi...apa yg aku harap x kn tercapai...aku resah...nk jerit ada...nk nangis ada...mcm2 ada dlm otak aku nie...tp aku x leh nk luahkn...kt sapa...aku nk ada org yg bleh faham aku...nper aku jd risau...nper aku x senang duduk...eeeiii...rimas aku laaa...mcm nk lari jek...tp nk g mn...???mmm...ish...ish...ish...penin...penin...mcm mn nie...aku asyik dok fikir jek...aku nk ikut diorang...tp x bleh...slagi aku x tau apa motif ayh buat cm2...slagi 2 la aku x senang ati...YA ALLAH...KAU TENANGKANLAH HATI HAMBAMU YANG RESAH INI...AMIN...